4 Senjata Usahawan Internet

Seseorang usahawan internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih berganti ini.
Umumnya, kita pasti akan rasa senjata ini ialah alatan atau perkakasan yang digunapakai semasa 'pertarungan' berlangsung, tetapi sedarkah kita bahawa senjata yang paling utama bukanlah alatan serta material ini ?
Sememangnya ianya juga adalah senjata, tapi ia bukan menduduki ranking pertama senjata yang
diperlukan ketika kita menceburi bidang ini.
Terdapat senjata lain yang lebih penting serta lebih menginggalkan kesan kepada kita. Apakah
senjata tersebut ? Sebenarnya, mereka ada dalam diri kita...
Senjata #1 : FOKUS
Fokus merupakan satu aspek terpenting yang perlu ada dalam diri kita, terutamanya kita yang ingin menjana pendapatan di internet ini.
Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana usahawan di dunia ini.
Sebagai contoh, Bill Gates sanggup meninggalkan alam universitinya di Harvard semata-mata ingin FOKUS kepada usahanya membangunkan microsoft. Buktinya ? Beliau menjadi orang yang terkaya didunia.
Tanpa fokus, kita selama-lamanya tidak akan sedar kebolehan dan bakat sebenar kita. Tanpa senjata ini juga, kita tidak akan berjaya menjana pendapatan online mahupun offline selama-lamanya.
Senjata #2 : MATLAMAT
Membuat kerja dengan fokus yang tinggi juga akan jadi sia-sia jika kita tidak menetapkan matlamat.
Matlamat adalah apa yang kita hajati dan apa yang kita azamkan. Matlamat perlulah rasional serta mampu untuk dicapai oleh kapasiti kita sendiri.
Sebagai contoh, saya menetapkan matlamat untuk menjana pendapatan di internet sebanyak RM10,000 tahun ini. Jadi saya perlulah menyelidiki sama ada matlamat saya ini mampu dicapai atau tidak.
Matlamat sewajarnya tidak banyak. Lebih baik sedikit namun tercapai daripada banyak tapi tak
tercapai langsung. Boleh dapat point saya ?
Senjata #3 : SEMANGAT
Ramai orang mengeluh bahawa mereka gagal. Tapi pada saya mereka bukannya gagal. Mereka cuma belum berjaya.
Point saya adalah, dengan memikirkan sesuatu itu secara positif, kita akan sentiasa memperoleh
semangat baru.
Saya rasa jika Thomas Alva Edison mengaku bahawa beliau gagal dalam mencipta mentol elektriknya, mungkin hari ini kita tidak dapat mencapai keadaan seperti ini.
Thomas sendiri mengakui bahawa dia menemui cara untuk menyalakan mentol selepas dia mempelajari cara-cara yang tidak dapat menyalakan mentol.
Senjata #4 : MINAT
Pupuk dahulu minat anda sebelum fikir tentang hasil yang bakal diperolehi. Minat merupakan
antara komponen yang sangat penting kepada usahawan internet.
Jika kita hanya memikirkan HASIL, apabila tiada hasil di lubuk A, kita akan lari ke lubuk B.
Selepas lubuk B kering kontang, kita 'menyelam' pula ke dalam lubuk duit C.
Sepatutnya, kita tanam dahulu MINAT di dalam satu-satu arena yang kita inginkan. Minat ini
akan bercambah menjadi bakat dan kemudian bakat inilah yang akan membuahkan hasil. Hasil yang diperolehi menerusi minat adalah hasil yang kekal dan tetap.
Sebagai contoh, jika kita minat melukis, pelajari dahulu sistem dalam adobe photoshop.
Kemudian, kita kembangkan kemahiran kita ke tahap yang lebih tinggi. Akhirnya, kita
menjalankan servis design yang mendatangkan pulangan RM1k sehari.
Ini menerangkan betapa pentingnya minat dalam diri setiap usahawan internet. Jika ada minat,
sekali kita jatuh, kita mampu untuk berdiri kembali.
Ikhlas,
Anwar Yassin
http://www.gajisendiri.com
12:01 AM | 0 Comments
Istimewakah Bisnes Internet ?

Hari ni saya terbaca petikan daripada akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan ramalan 4,749 pekerja bakal diberhentikan pada tahun hadapan.
Saya terfikir, jika saya di tempat mereka, apakah persediaan yang dapat saya lakukan ? Mungkin boleh memulakan bisnes, tapi bisnes apa ? Berapa kosnya ? Apa risikonya ?
Jika soalan itu ditanyakan kepada saya, jawapan yang boleh saya beri adalah, bisnes internet. Ya, itulah jawapan yang boleh saya bagi jika ditemu ramah.
Kenapa saya memilih bisnes internet ?
faktor #1:
Menjimatkan kos. Kos yang diperlukan untuk memulakan bisnes internet ini amat kecil, iaitu sekitar RM500 dan ke bawah, mengikut jenis produk yang dijual.
faktor #2:
Risiko yang rendah. Risiko menjalankan perniagaan internet ini adalah lebih rendah berbanding perniagaan konvensional yang lain.
faktor #3:
Menjimatkan masa. Urusniaga melalui perniagaan internet ini menjimatkan masa kita. Kita tak perlu bersengkang mata terlalu lama, tidak perlu tergopoh-gapah hendak ke pejabat. Kerana masa kerja kita hanya di depan komputer.
faktor #4:
Tahap keselesaan yang tinggi. Andatahu tak apa yang sedang saya lakukan sekarang ? Apa baju yang saya pakai ? Saya buat kerja dari mana ?Tak tahu kan ? Itulah maksud saya keselesaan yang tinggi. Pelanggan kita sentiasa di depan mata dan penampilan bukanlah faktor yang penting.
faktor #5:
Terbukti lumayan. Ya, bisnes internet ini terbukti lumayan. Jika tidak, masakan Dr.Irfan Khairi boleh menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.
Contoh lain adalah seperti seorang usahawan internet dari barat bernama Michael Rasmussen. Beliau memperoleh pendapatan sebanyak USD 381,195.06 di clickbank dalam masa hanya 90 hari produknya dipasarkan di internet. Lumayan bukan ?
Inilah faktor-faktor yang menyebabkan bisnes internet ini begitu istimewa bagi saya.
Jadi, saya harap anda tidak teragak-agak untuk memulakan bisnes internet anda sekarang ! Ya,
usah bertangguh kerana masa anda yang berharga akan pergi begitu sahaja.
Sebelum itu, pastikan anda mengetahui dahulu selok belok perniagaan internet sebelum anda
terjun ke dalam arena ini.
Jika anda sudah mempunyai bisnes internet sendiri, tentunya anda sudah dapat merasai apa
yang saya rasakan bukan ?
Untuk mengetahui cara-cara, taktik, cabaran serta tips dalam bisnes internet ini, anda boleh layari http://www.pakejlumayan.com
Salam usahawan dan kejayaan,
Ikhlas,
Anwar Yassin
http://www.gajisendiri.com
10:26 PM | 0 Comments










