feedburner
Dapatkan Artikel Terkini:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

4 Senjata Usahawan Internet

Labels: ,



Seseorang usahawan internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih berganti ini.

Umumnya, kita pasti akan rasa senjata ini ialah alatan atau perkakasan yang digunapakai semasa 'pertarungan' berlangsung, tetapi sedarkah kita bahawa senjata yang paling utama bukanlah alatan serta material ini ?

Sememangnya ianya juga adalah senjata, tapi ia bukan menduduki ranking pertama senjata yang
diperlukan ketika kita menceburi bidang ini.

Terdapat senjata lain yang lebih penting serta lebih menginggalkan kesan kepada kita. Apakah
senjata tersebut ? Sebenarnya, mereka ada dalam diri kita...

Senjata #1 : FOKUS

Fokus merupakan satu aspek terpenting yang perlu ada dalam diri kita, terutamanya kita yang ingin menjana pendapatan di internet ini.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana usahawan di dunia ini.

Sebagai contoh, Bill Gates sanggup meninggalkan alam universitinya di Harvard semata-mata ingin FOKUS kepada usahanya membangunkan microsoft. Buktinya ? Beliau menjadi orang yang terkaya didunia.

Tanpa fokus, kita selama-lamanya tidak akan sedar kebolehan dan bakat sebenar kita. Tanpa senjata ini juga, kita tidak akan berjaya menjana pendapatan online mahupun offline selama-lamanya.

Senjata #2 : MATLAMAT

Membuat kerja dengan fokus yang tinggi juga akan jadi sia-sia jika kita tidak menetapkan matlamat.

Matlamat adalah apa yang kita hajati dan apa yang kita azamkan. Matlamat perlulah rasional serta mampu untuk dicapai oleh kapasiti kita sendiri.

Sebagai contoh, saya menetapkan matlamat untuk menjana pendapatan di internet sebanyak RM10,000 tahun ini. Jadi saya perlulah menyelidiki sama ada matlamat saya ini mampu dicapai atau tidak.

Matlamat sewajarnya tidak banyak. Lebih baik sedikit namun tercapai daripada banyak tapi tak
tercapai langsung. Boleh dapat point saya ?

Senjata #3 : SEMANGAT

Ramai orang mengeluh bahawa mereka gagal. Tapi pada saya mereka bukannya gagal. Mereka cuma belum berjaya.

Point saya adalah, dengan memikirkan sesuatu itu secara positif, kita akan sentiasa memperoleh
semangat baru.

Saya rasa jika Thomas Alva Edison mengaku bahawa beliau gagal dalam mencipta mentol elektriknya, mungkin hari ini kita tidak dapat mencapai keadaan seperti ini.

Thomas sendiri mengakui bahawa dia menemui cara untuk menyalakan mentol selepas dia mempelajari cara-cara yang tidak dapat menyalakan mentol.

Senjata #4 : MINAT

Pupuk dahulu minat anda sebelum fikir tentang hasil yang bakal diperolehi. Minat merupakan
antara komponen yang sangat penting kepada usahawan internet.

Jika kita hanya memikirkan HASIL, apabila tiada hasil di lubuk A, kita akan lari ke lubuk B.
Selepas lubuk B kering kontang, kita 'menyelam' pula ke dalam lubuk duit C.

Sepatutnya, kita tanam dahulu MINAT di dalam satu-satu arena yang kita inginkan. Minat ini
akan bercambah menjadi bakat dan kemudian bakat inilah yang akan membuahkan hasil. Hasil yang diperolehi menerusi minat adalah hasil yang kekal dan tetap.

Sebagai contoh, jika kita minat melukis, pelajari dahulu sistem dalam adobe photoshop.
Kemudian, kita kembangkan kemahiran kita ke tahap yang lebih tinggi. Akhirnya, kita
menjalankan servis design yang mendatangkan pulangan RM1k sehari.

Ini menerangkan betapa pentingnya minat dalam diri setiap usahawan internet. Jika ada minat,
sekali kita jatuh, kita mampu untuk berdiri kembali.

Ikhlas,
Anwar Yassin

http://www.gajisendiri.com




0 comments:

Post a Comment