feedburner
Dapatkan Artikel Terkini:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

3 Langkah Mudah Menghasilkan ebook Tanpa Menulis

Labels: ,



Hari ini saya berikan tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa... atau... tak pandai menulis.

"Ebook short cut!"

Bagaimana caranya?

Langkah 1:
==========

Pilih satu subjek atau topik mengikut kepakaran anda... atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat.

Langkah 2:
==========

Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.

Langkah 3:
==========

Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!

Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:

1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia

Ya, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK (http://www.irfankhairi.com/mentor) menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda.

Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.

Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya... perlu bayarkah mereka yang anda interview tu? Adakah perlu membayar royalti kepada mereka?

Jawapan: Biasanya tidak perlu. Memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan.

Dari,
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com





Perniagaan Internet Membantu Perniagaan Tradisional Anda

Labels: ,



Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?

Jawapan saya, sudah tentunya YA!

Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.

Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal:

Laman web
=========
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa? Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan lagi dua sebelah petang pula.

Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat
laman web anda setiap hari (atau lebih!). Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!

Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek anda oleh kerana, mereka juga tidak perlu pergi ke kedai anda untuk pelajari apa yang anda sediakan.

BLOG
====
Blog, atau Web Log (www.blogger.com), kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hingga ke agama.

Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog Irfan Khairi di www.IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.

Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 pelawat blog anda setiap hari. Blog www.IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya sendiri pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi, kehadiran blog saya itu membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd sehari.

Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.

YOUTUBE
=======
Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.

Selamat datang kepada YouTube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri berbunyi "Broadcast Yourself!"

Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di YouTube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan YouTube untuk paparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupaka seorang motivator? Gunakan YouTube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda.

Gunakan kreativiti anda!

FACEBOOK
========
Facebook.com adalah rangkaian kenalan social di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubung teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web facebook.

Bukan setakat itu sahaja, oleh kerana perniagaan adalah hubungan antara pengguna dan perniagaan, friendster juga boleh digunakan dalam mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda.

Apabila anda memulakan perniagaan, sudah pasti, anda perlu mengumumkan kepada semua kenalan anda mengenai perniagaan anda. Melalui facebook, anda dapat memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan anda, dan juga, kenalan kepada kenalan anda!

Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan, dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mencapai pelanggan seluruh Malaysia, bahkan, boleh mencapai pelanggan sedunia.

Sebagai contoh, lawati http://www.halalgelatine.com. Pemiliknya memiliki sebuah kedai kecil di bahagian basement KB Mall, Kelantan. Dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia!

Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?

Dari,
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




4 Senjata Usahawan Internet

Labels: ,



Seseorang usahawan internet itu perlulah mempunyai senjatanya yang tersendiri sebelum beliau terjun ke dalam dunia yang mempunyai cabaran dan kemanisan yang silih berganti ini.

Umumnya, kita pasti akan rasa senjata ini ialah alatan atau perkakasan yang digunapakai semasa 'pertarungan' berlangsung, tetapi sedarkah kita bahawa senjata yang paling utama bukanlah alatan serta material ini ?

Sememangnya ianya juga adalah senjata, tapi ia bukan menduduki ranking pertama senjata yang
diperlukan ketika kita menceburi bidang ini.

Terdapat senjata lain yang lebih penting serta lebih menginggalkan kesan kepada kita. Apakah
senjata tersebut ? Sebenarnya, mereka ada dalam diri kita...

Senjata #1 : FOKUS

Fokus merupakan satu aspek terpenting yang perlu ada dalam diri kita, terutamanya kita yang ingin menjana pendapatan di internet ini.

Melakukan sesuatu perkara itu berserta fokus yang tinggi sebenarnya kunci kepada kejayaan mana-mana usahawan di dunia ini.

Sebagai contoh, Bill Gates sanggup meninggalkan alam universitinya di Harvard semata-mata ingin FOKUS kepada usahanya membangunkan microsoft. Buktinya ? Beliau menjadi orang yang terkaya didunia.

Tanpa fokus, kita selama-lamanya tidak akan sedar kebolehan dan bakat sebenar kita. Tanpa senjata ini juga, kita tidak akan berjaya menjana pendapatan online mahupun offline selama-lamanya.

Senjata #2 : MATLAMAT

Membuat kerja dengan fokus yang tinggi juga akan jadi sia-sia jika kita tidak menetapkan matlamat.

Matlamat adalah apa yang kita hajati dan apa yang kita azamkan. Matlamat perlulah rasional serta mampu untuk dicapai oleh kapasiti kita sendiri.

Sebagai contoh, saya menetapkan matlamat untuk menjana pendapatan di internet sebanyak RM10,000 tahun ini. Jadi saya perlulah menyelidiki sama ada matlamat saya ini mampu dicapai atau tidak.

Matlamat sewajarnya tidak banyak. Lebih baik sedikit namun tercapai daripada banyak tapi tak
tercapai langsung. Boleh dapat point saya ?

Senjata #3 : SEMANGAT

Ramai orang mengeluh bahawa mereka gagal. Tapi pada saya mereka bukannya gagal. Mereka cuma belum berjaya.

Point saya adalah, dengan memikirkan sesuatu itu secara positif, kita akan sentiasa memperoleh
semangat baru.

Saya rasa jika Thomas Alva Edison mengaku bahawa beliau gagal dalam mencipta mentol elektriknya, mungkin hari ini kita tidak dapat mencapai keadaan seperti ini.

Thomas sendiri mengakui bahawa dia menemui cara untuk menyalakan mentol selepas dia mempelajari cara-cara yang tidak dapat menyalakan mentol.

Senjata #4 : MINAT

Pupuk dahulu minat anda sebelum fikir tentang hasil yang bakal diperolehi. Minat merupakan
antara komponen yang sangat penting kepada usahawan internet.

Jika kita hanya memikirkan HASIL, apabila tiada hasil di lubuk A, kita akan lari ke lubuk B.
Selepas lubuk B kering kontang, kita 'menyelam' pula ke dalam lubuk duit C.

Sepatutnya, kita tanam dahulu MINAT di dalam satu-satu arena yang kita inginkan. Minat ini
akan bercambah menjadi bakat dan kemudian bakat inilah yang akan membuahkan hasil. Hasil yang diperolehi menerusi minat adalah hasil yang kekal dan tetap.

Sebagai contoh, jika kita minat melukis, pelajari dahulu sistem dalam adobe photoshop.
Kemudian, kita kembangkan kemahiran kita ke tahap yang lebih tinggi. Akhirnya, kita
menjalankan servis design yang mendatangkan pulangan RM1k sehari.

Ini menerangkan betapa pentingnya minat dalam diri setiap usahawan internet. Jika ada minat,
sekali kita jatuh, kita mampu untuk berdiri kembali.

Ikhlas,
Anwar Yassin

http://www.gajisendiri.com




5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

Labels: ,



Ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni...

Here's 5 tips from me:

* Target "baby boomers" mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+

* Target produk "affordable" dan bukan "luxury". Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.

* Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.

* Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik

* Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom.

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi turun/naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.

All the best dalam perniagaan 2009!

Dari,
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




4 Cara membuang tabiat "buang masa"

Labels: ,



Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini:

"Matlamat dikecilkan"

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan.

"Tingkatkan kekuatan tenaga"

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja! Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif"

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini. Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20"

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Dari,
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




Get your free pass to YOUTH’09

Labels: ,

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

YOUTH’09 is Malaysia’s largest youth lifestyle event. A 3 day festival that is held from the 9th-11th January at the Putra World Trade Centre that brings together youth communities from all over Malaysia for a range of exciting activities. YOUTH’09 is mainly directed to youths but it caters to everyone from all of backgrounds and age. That means YOU!

We already known youthsays as a Malaysia free paid survey web portal. But now, they are conducting the Malaysia biggest youth gathering in 2009. Since the theme to YOUTH’09 is “Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Revolution”, you would be able to participate in over 100 activities involving fashion, dance, music, entrepreneurship, personal growth, career and other youth interests. The only price to pay is your transportation cost to the venue! No, the event is FREE! Get your free pass to YOUTH’09 from YouthSays, YOUTH’09’s official online community.

http://youthsays.com/go/1PG

YOUTH’09 is jointly organized by Persatuan Pemuda Negara Malaysia, YouthMalaysia, and The Youth Intelligence. YOUTH’09’s partners include Rakan Muda, 8TV, AIESEC Malaysia, Animax, Fly FM, Hai Magazine, Hot FM, Jazzercise, Kareer.com.my, Macro Kiosk, Malaysian Today, Mangga, Mangga TV, Nuffnang, Wanita, Don’t Panic, Remix, Utusan Karya, Sports Planet, Innity, MIRC Incubator, Utusan, Kosmo, and Friendster.





Jualan 'Panas' 2009!

Labels: , ,



Cara buat duit dengan grafik sebenarnya masih belum banyak diketahui oleh kebanyakan usahawan internet.

Percaya atau tidak, terdapat sehingga 14 cara untuk buat duit dengan grafik!

Dan jualan panduan lengkap ini semakin panas dan panas selepas semakin ramai yang membeli produk ini.

Produk ini dinamakan sebagai "Video Tulisan Pro".

Walaupun namanya hanya fokus pada grafik tulisan, tapi video ini sangat melengkapi banyak aspek.

Terutamanya dari segi pembelajaran, kemahiran menguasai grafik, teori dan praktikal buat duit dengan grafik, dan banyak lagi yang dibongkar.

Untuk pengetahuan anda juga, akhirnya Mawardee selaku pencipta produk tersebut sudi mendedahkan rahsia 'Surat Jualan' beliau yang memberikan hasil RM34,000 hanya dalam sebulan!

Ini rahsia yang jarang dikongsi.

Boleh dapatkan di link di bawah :

http://tinyurl.com/b25oec

Sekian,
Terima kasih.

Yang ikhlas,
Mohd Safuan