feedburner
Dapatkan Artikel Terkini:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

3 Langkah Mudah Menghasilkan ebook Tanpa Menulis

Labels: ,



Hari ini saya berikan tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa... atau... tak pandai menulis.

"Ebook short cut!"

Bagaimana caranya?

Langkah 1:
==========

Pilih satu subjek atau topik mengikut kepakaran anda... atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat.

Langkah 2:
==========

Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.

Langkah 3:
==========

Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!

Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:

1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia

Ya, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK (http://www.irfankhairi.com/mentor) menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda.

Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.

Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya... perlu bayarkah mereka yang anda interview tu? Adakah perlu membayar royalti kepada mereka?

Jawapan: Biasanya tidak perlu. Memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan.

Dari,
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com





0 comments:

Post a Comment