feedburner
Dapatkan Artikel Terkini:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Perkara Yang Perlu Buat Selepas Banjir

Labels:



Pastikan kita berhati-hati apabila berada di kawasan banjir kerana peralatan atau kabel elektrik yang tenggelam berpotensi mendatangkan bahaya. Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya di mana ia bolehmembawa kepada kehilangan nyawa selain daripada kehilanganharta benda.

Setelah banjir surut, periksalah semua peralatan elektrik dan pendawaian yang terdapat di dalam rumah. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh orang kompeten atau kontraktor
elektrik yang berdaftar dengan SuruhanJaya Tenaga.

Berikut adalah antara maklumat yang boleh membantu anda bagi menyelamatkan diri dari mengalami kemalangan disebabkan oleh arus elektrik akibat banjir.

1) Elakkan daripada memijak kawasan yang berair, jika terdapat talian elektrik terjatuh ke dalam kawasan tersebut. Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik berlaku jika talian tersebut bertenaga.

2) Pastikan pendawaian rumah diperiksa oleh orang kompeten atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Tenaga sebelum bekalan dihidupkan.

3) Pastikan Peranti Arus Baki (PAB atau ELCB) berfungsi dengan baik supaya dapat bertindak sebagai perlindungan jika berlakunya arus bocor ke bumi dan mengelakkan terkena
kejutan elektrik. PAB mudah alih juga boleh digunakan.

4) Pastikan juga fius atau pemutus litar dibersihkan dari kekotoran dan diganti dengan yang baru jika perlu.

5) Pastikan soket alir keluar yang telah ditenggelami air dalam keadaan kering, bersih dari sampah dan selamat digunakan sebelum bekalan elektrik disambung semula.

6) Air boleh merosakkan komponen didalam kelengkapan elektrik tersebut. Kelengkapan yang basah juga boleh mendatangkan bahaya kejutan elektrik atau boleh menyebabkan kebakaran.
Oleh yang demikian, pastikan semua kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air diperiksa dan adalah kering sebelum menggunakannya. Elakkan menggunakan kelengkapan
elektrik yang diragui keselamatannya.

7) Jika menggunakan janakuasa elektrik mudah alih, pastikan ianya dipasang oleh orang yang bertauliah.




Cara dan Kaedah Bagi Penjimatan Elektrik Di Rumah dan Pejabat.

Labels: ,



Berikut adalah kaedah yang disyorkan bagi penjimatan elektrik:

1. Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

2. Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senang mengurangkan penggunaan tenaga.

3. Kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.

4. Tutup lampu pada waktu siang.

5. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Kurangkan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

7. Set kipas pada penghawa dingin kepada "ON" daripada "AUTO". Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.

8. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.

9. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi dimana mungkin.

10. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

11. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

12. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

13. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

14.
Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

15. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

16. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

17. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.

18. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.

19. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

20. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan masa yang panjang untuk pemanasan semula.

21. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

22. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

23. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

24. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

25. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan
tenaga juga.

26. Tutup lampu dan peralatan elektrik dibilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

27. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

28. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

29. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah
ditutup.

30. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

31. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

32. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Seperti melabur di JimatBil.com. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos
tenaga dapat memulangkan kos melabur dalam beberapa tahun.

33. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

35. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

36. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.

38. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa
yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.

39. Pastikan anda sedar akan hak anda untuk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).




Rahsia Penjimatan Penghawa Dingin

Labels: ,



Adakah anda menggunakan penghawa dingin samada di rumah mahupun di pejabat milik sendiri? Jika YA, tahukah anda bahawa alat penghawa dingin ialah antara penyumbang terbesar penggunaan elektrik bulanan.

Statistik menunjukkan bahawa memang benar kerana ia diakui oleh SuruhanJaya Tenaga di dalam laporannya bahawa 50-60% penyumbang besar penggunaan elektrik ialah penghawa dingin.

Walaupun dari segi peratusan, mengikut kajian bahawa penggunaan peti sejuk adalah pengguna terbesar elektrik namun kadar cajnya tidaklah sebesar berbanding penghawa
dingin. Untuk pengetahuan anda bahawa adalah dianggarkan bagi sebuah penghawa dingin, kita perlu membayar sebanyak purata RM1.40 sen sehari. Jika sebulan dah berapa yer ?

Belum lagi di campur dengan penggunaan alat-alat elektrik yang lain. Oleh itu, adalah penting bahawa penggunaan penghawa dingin perlu diguna secara optima bagi mengurangkan
pembaziran dan meningkatkan lagi penjimatan bil bulanan.

Antara kaedah yang boleh diguna pakai adalah dengan menetapkan suhu antara 23C ke 26C untuk suhu yang selesa. Menukarkan suhu yang terlalu sejuk iaitu 20C kepada
24C boleh menjimatkan tenaga sehingga 33%. Tahukah anda bahawa penyaman udara biasanya menggunakan 25 peratus hingga 35 peratus daripada tenaga elektrik. Oleh
itu pilihlah penyaman udara dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik.

Saya boleh syorkan pada anda jika nak membeli penyaman udara pilihlah penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga (Energy Efficiency Rating-EER) tertinggi,
iaitu dengan menggunakan tenaga yang lebih rendah. Dan biasanya jenis ini harganya tentulah lebih mahal berbanding jenis model biasa! Untuk pengetahuan anda, ada penyaman udara jenama tertentu yang mengunakan kaedah penjimatan tenaga dalam beberapa peratus.

Untuk penjimatan lagi, elakkan daripada meletakkan pemampat penyaman udara di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari. Paling baik letakkan ditempat teduh agar memudahkan compressor(pemampat) menjalankan proses kerjanya dengan cepat. Penapis haruslah diperiksa dan dibersihkan sebulan sekali. Ini boleh dilakukan sendiri dengan membuka unit indoor dan keluarkan penapis dan basuh dengan air bersih.

Terdapat juga pencuci khas untuk penapis yang ada pada unit indoor. Pencuci indoor ini ada yang dijual di pasaraya-pasaraya atau kedai servis aircond. Laburkan sedikit wang anda untuk mendapatkan kesan yang optima. Talian kipas dan keseluruhan penyaman udara harus diperiksa bagi memperbaiki sebarang kerosakan atau untuk
tujuan penyelenggaraan.

Ia juga dapat meningkatkan prestasi penyaman udara. Jika anda tidak tahu atau berasa malas untuk lakukannya dan jika anda mempunyai wang yang lebih tidak salah untuk dapatkan khidmat juruteknik penyaman udara terlatih untuk melakukan pekerjaan tersebut.




16 Sebab Kegagalan Perniagaan

Labels: ,

Kedai Online

Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami
kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!

1: Tiada matlamat

Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun
dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan

Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan

Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlu mengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiada
keuntungan!

4: Tidak sabar

Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu panjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktu singkat.

5: Gagal meletakkan prioriti

Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanya memberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yang memberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang

Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan

Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebih
pantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan

Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,
tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti

Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan
perkhidmatan pelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan

Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana caranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).
Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudah mengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan

Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran

Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubah menjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi

Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan. Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka, keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapat keuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan

Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda. Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana
perancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan

Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling
baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda mempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja

Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan
perniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,
gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha oleh kerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

Dari
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




Cara Mengelakkan Diri Daripada Tertipu Di Internet (SCAM)

Labels: ,



Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya...tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn
wang kita...

Contoh:
* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti
beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk
(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau
CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk
http://www.Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang
sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "
ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Dari
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




5 Langkah Membina Minda Jutawan

Labels: ,





Pernahkah anda fikirkankan, apakah sebenarnya di dalam minda seorang jutawan? Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya?

Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi, tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang entah ke mana?

Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan, personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam
menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming).Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.

Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya menggunakan kuasa minda untuk berjaya? Berikut adalah 5 langkah untuk membangunkan minda jutawan...

Langkah 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.

Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan? Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan berurusniaga. Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan gambaran memenangi pingat.

Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak akan dapat meneruskan hidup. Lance Armstrong bukan sahaja membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan
menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de France sebanyak 7 kali!

Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akan menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.

Langkah 2: Sebutkan dengan jelas

Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan
diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:

"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"

Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yang benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas, maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 2 anda 24jam sehari, kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah, ianya akan mengurangkan motivasi anda.

Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti "Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda dan mula kerjakan novel anda itu!

Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan

Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda. Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda, lebih hebat efeknya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1 minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola sepak terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan
gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggabarkan ini juga akan membantu, di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia akan mudah menjadi untuk anda. Jangan lupa- anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Langkah 4: Masukkan emosi

Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.

Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh
kerana ianya akan membantu anda.

Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.

Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi

Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar, kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin
anda akan berjaya.

Dari
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




Biar Kecil Asalkan Berhasil

Labels: ,



Terlalu banyak perniagaan saya lihat "membesar" dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah... kalau tak rebah pun, "surviving".

Take note, saya gunakan perkataan "membesar" bukan maksudnya "mengembang". Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar... ofis mahal. Belum
jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus dapatkan ramai pekerja... untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi.

Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar-pejabat, kereta, pekerja (ramai... bukan besar. kalau pekerja besar,lain cerita ). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.

Tidak semestinya!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk dilakukan.

Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran "surviving". Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.

Itu baru cost... nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, bagaimana pula?

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya bermula kecil.
Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!

Bak kata mentor saya jutawan senyap, Chef Li: Biar kecil, asalkan berhasil!

Dari
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




Masa Dalam Perniagaan

Labels: ,



Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yang amat penting. Dengan
pengurusan masa yang bijak, usahawan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianya dikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masa
sehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan waktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.

Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
=================================================

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari. Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.

Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan
======================================

Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan.

Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, C dan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. Tandakan A pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yang kurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yang kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.

Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan ini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukan terlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkah daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkin sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti menonton TV atau bermain computer game.

Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.

Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya ada masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam
audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan perkara D!

Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang anda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!

Kunci #3. Prinsip 80-20
=======================

Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam... atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan perniagaan ada!

Dari
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com




Mentor Jutawan Anda!

Labels: ,

Free Website Hosting

Mentor Jutawan #1: Dato' Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
*Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!

Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua.
Jadi kita
jadi yang pioneer.

Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang
luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.

Mentor Jutawan #2:
Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
*Cara yang lebih bijak menjadi jutawan

Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya 'multiple streams of income'. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu 'Multiple sources of Income'. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat 'after burner income' di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching (Jutawan Jualan Langsung)
*Mengenai matlamat

Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah
apakah matlamat yang kita capai.

Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak
apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.

Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.

Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
*Mengenai perlunya idola/mentor

Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan
sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata 'dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah', tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku
berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'. Dia akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'.

Mentor Jutawan #5: Billi Lim (Jutawan berani gagal)
*Mengenai kegagalan

Pada saya 'When you lose, don't lose the lesson'. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don't want him to fail in my company, so he must fail in other people's first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

Mentor Jutawan #6: Abang Abu (motivator)
*Mengenai strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D

A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya
mempunyai banyak sangat matlamat.

B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali.
Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.

C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!

D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.

Mentor Jutawan #7: Dato' Hussamuddin (Pengasas Kumupan Karangkraf!)
*Mengenai mengendalikan kakitangan

Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah
mereka sendiri.

Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

Mentor Jutawan #8: IK- Saya sendiri!
*Mengenai pengorbanan dalam menuntut ilmu

Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan
ini selama 2 tahun.

Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.

Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.

Dari
Irfan Khairi
www.irfankhairi.com




Remaja Perlu Memahami

Labels: ,

Menurut sumber yang dipetik menerusi laman web, www.familyeducation.com dan artikel Dolores Curran bertajuk, How to Get Along with Parents (Clarion Herald, New Orleans, April 11, 1985), setiap remaja inginkan kesempurnaan dan kebebasan diri daripada kongkongan hidup khususnya oleh kedua-dua ibu bapa.

Remaja sememangnya begitu menghargai keunikan diri dan mengambil identiti diri mereka dengan menyokong perasaan hormat diri yang tinggi kepada ibu bapa mereka.

Jika sebaliknya yang berlaku, iaitu sejak kecil remaja terlibat tidak berasa dirinya istimewa atau dihargai, dia akan berasakan kekeliruan wujud di dalam dirinya.

Ini terutama jika seorang remaja hanya mendapat perhatian apabila dia melakukan kesalahan atau kejahatan yang sebaliknya dilakukan.

Justeru, remaja mempunyai hak untuk membuat keputusan dan ibu bapa pula perlu memahami kehendak dan kepuasan yang diinginkan.

Namun yang pasti, remaja haruslah mempunyai alasan yang kukuh agar tidak berlakunya percanggahan pendapat oleh kedua-dua ibu bapa sehingga berani melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Ikuti beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mencapai kemuncak kebahagiaan hidup pada usia remaja.

Terima pendapat seadanya
Sekiranya ibu bapa memberi alasan yang tidak munasabah berkaitan sikap mahupun tingkah laku kamu, jangan sesekali cuba membetulkan atau memberi pendapat yang bertentangan dengan alasan yang dikemukakan.

Cara sebegini akan membuatkan ibu bapa berfikir dan berasa malu dengan alasan yang diberikan itu dan mungkin akan berasa bersalah dengan kenyataan yang tiada kepastiannya itu. Sebagai anak, elak berlalu pergi ketika ibu bapa sedang bercakap. Ini kerana, ia akan mengeruhkan lagi keadaan sekali gus menambahkan kemarahan mereka.

Jadi pendengar setia
Segala keputusan berkaitan masa depan anak-anak, sudah pastinya akan ditentukan oleh ibu bapa. Biarpun sudah mencapai usia remaja, kamu tidak boleh lari dengan pendapat yang dinyatakan. Sekiranya alasan yang diberikan ibu bapa itu munasabah, ia adalah keputusan yang tepat untuk kamu ikuti.

Jadilah pendengar yang setia ketika mereka menyatakan pelbagai alasan, peraturan atau keputusan baik buruk kamu. Bersabar dengan apa yang dikatakan dan ambil satu daripada 10 alasan yang dikemukakan itu dan beritahu mereka kenapa kamu bersetuju.

Ada sokongan yang kukuh
Remaja mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pendapatnya sendiri. Sekiranya ada dalam kalangan ibu bapa menafikan atau menolak permintaan atau tidak benarkan anaknya tinggal berjauhan dengan mereka, jangan sesekali bertanya, kenapa. Lebih elok sekiranya kamu mengatakan tidak, untuk menyokong alasan tadi.

“Apa yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan privacy, permintaan atau kebebasan?” Soalan itu memberikan anda sedikit idea untuk menyatakan hasrat yang diinginkan. Luangkan masa untuk menyatakan kehendak dan masa depan kamu kepada mereka dan berikan alasan positif yang mengarahkan kamu mampu hidup berdikari.

Fahami mood ibu bapa
Kemarahan yang meledak pada usia remaja adalah perkara biasa dalam kehidupan seseorang, baik remaja mahupun golongan dewasa. Setiap insan pasti mengalaminya. Rasa marah bukan kerana benci tetapi bersifat sayang atau teguran. Sekiranya kamu menghadapinya, bukan masa yang sesuai untuk kamu membalas kemarahan ibu bapa dengan rasa kebencian.

Terdapat banyak kemungkinan sesuatu kemarahan itu wujud secara tiba-tiba. Ia bukan kerana kesal kepada kamu tetapi disebabkan faktor lain yang melibatkan insan di sekeliling. Contohnya jiran, majikan, atau berpunca kerana kenaikan harga barangan runcit. Mungkin kamu ketika itu menjadi mangsa kemarahannya sehingga memaksa kamu membuat keputusan untuk mencari jalan penyelesaian.

Harus diingatkan, ibu bapa memerlukan ruang dan masa untuk menenangkan fikiran. Dan kamu seharusnya membuat keputusan sama ada ke bilik tidur mahupun pergi rumah kawan. Diingatkan bahawa, sekiranya tahap kemarahan mereka itu berkurangan atau sudah berakhir, mereka akan merindui kamu. Percayalah…

Yang pasti, kamu seharusnya berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.

Bijak kawal kemarahan
Kadang-kadang, sikap ketidakadilan ibu bapa boleh mendatangkan kemarahan kamu. Jangan sesekali membenci ataupun menyesal dengan sikap mereka kerana keadaan akan berubah saat kamu menerima kepastian dengan hati terbuka. Bawa bertenang dan tunggu sehingga keadaan kembali tenang. Kemudian, ambil peluang membincangkan perasaan yang kamu pendamkan itu, beberapa hari kemudian.

Pelihara tutur kata yang sopan
Apabila membincangkan sesuatu perkara dengan mereka sama ada berkaitan dengan pendapat atau permintaan, peliharalah tingkah laku dan tutur kata kamu dengan sebaik-baiknya. Kawal percakapan kamu dan jangan sesekali meninggikan suara.

Sekiranya kamu bijak mengawal perasaan dan keadaan, sabar serta bercakap dalam nada yang lembut, pasti mereka akan mengikut kehendak kamu.

Kemenangan lawan kekalahan
Anda seorang yang bijak apabila anda tidak sesekali mencipta situasi semata-mata untuk mendapatkan kemenangan daripada kekalahan ibu bapa. Sebagai remaja dan anak, kamu seringkali kehilangan masa untuk mencapai kemenangan itu.

“Berapa lamakah kamu berjumpa ibu atau bapa” atau “berapa lamakah kamu membuat panggilan telefon secara peribadi dengan bapa.” Itu adalah antara perkara yang perlu dilakukan bagi mencapai kemenangan. Untuk memperoleh suatu kemenangan, kamu perlu bijak membahagikan masa di tempat kerja ataupun di kolej dan di rumah.

Nota kecil penguat kasih
Sekiranya kamu berhadapan dengan masalah yang perlu dibincangkan dengan ibu bapa tetapi takut dimarahi dengan masalah yang dihadapi, cara terbaik mengatasi ketakutan itu ialah menulis nota di atas kertas. Letak nota itu di atas bantal ibu atau bapa kamu. Pasti mereka akan menghayati setiap nota yang ditulis dan menyimpannya sampai bila-bila.

Ajak keluar bersama
Bawa ibu atau bapa menemani kamu ke satu tempat peribadi. Beritahu yang kamu ingin menikmati hari cuti yang indah bersama mereka daripada menghabiskan masa di rumah. Mungkin pada awal ajakan, mereka akan berasa pelik kerana kamu tidak pernah membuat keputusan sebegitu. Ini kerana, mereka berfikir kamu akan memberitahu mereka sesuatu perkara yang pelik.

Bercerita tentang kehidupan
Luangkan masa bersama di bilik sambil menonton televisyen mahupun membaca bersama sambil duduk dan berkongsi cerita tentang perkara yang berlaku di kolej, universiti, rakan-rakan atau sesuatu yang membuatkan mereka tertarik untuk mendengarnya. Cara ini membuatkan mereka lebih mendalami dan menghayati setiap perkara yang dikongsi bersama kamu.

NOOR HASLIZA NUSI





Jiwa Remaja Sentiasa Bergelora

Labels: ,

LUMRAH remaja mempunyai banyak keinginan terhadap sesuatu yang kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana terhalang oleh batas agama dan budaya.

Kebanyakan remaja memikirkan fizikal mereka seperti orang dewasa dan meniru untuk bertindak seperti orang dewasa.

Pertentangan sifat itu semakin ketara jika remaja membuat sesuatu menurut kata hati tanpa berfikir semasak-masaknya.

Keinginan mencuba sesuatu yang baru adalah lumrah bagi mereka yang baru ‘mengecap nikmat hidup’ terutama jika sebelum ini keinginan kerap dihalang keluarga.

Kemodenan era globalisasi yang ditunjangi Barat turut membawa bersama pengaruh dan gaya hidup mereka dalam masyarakat kita.

Bagi remaja, gaya hidup masyarakat Barat yang moden, kelakuan dan cara berpakaian tidak senonoh perlu bagi menunjukkan kemodenan mereka biarpun semua itu berlawanan syariat agama.

Jika remaja pandai mengambil kelebihan berkenaan untuk digunakan pada jalan yang betul, ia mampu memberi manfaat tersendiri.

Pertentangan antara keinginan remaja dengan perintah agama menyebabkan jiwa mereka memberontak dan berusaha menepis kenyataan itu dengan menurut kata hati.

Remaja yang mempunyai pegangan agama yang tinggi dan lingkungan keluarga yang tidak mengabaikan perintah agama pastinya dapat menangani masalah ini dengan mudah.

Gejolak jiwa remaja sukar untuk dibendung kerana pada umur sebegitu, mereka mudah dipengaruhi unsur negatif yang berada di sekeliling mereka.

Namun, bagi remaja yang terlanjur melaksanakan sesuatu yang berlawanan dengan perintah agama hendaklah berusaha memperbaiki diri supaya tidak sentiasa terlena dengan sesuatu pengaruh dan kenikmatan yang bersifat sementara itu.

Remaja perlu lebih memahami diri sendiri dan tidak mengabaikan peranan terhadap keluarga. Perhatian yang keluarga berikan sewajarnya tidak disalah erti kerana tiada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka hanyut dibuai mimpi.

Sementara itu, setiap remaja perlu mempersiapkan diri sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan Allah.

Remaja perlu ada matlamat dan kesungguhan sebagai insan kerana manusia saja dikurniakan akal dan fikiran yang sempurna berbanding ciptaan Allah yang lain.

Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang serta diberkati.

Untuk itu, remaja harus pandai membawa diri dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba dan elak mengikut kehendak hati.

Akal fikiran yang ada perlu digunakan sebaik mungkin kerana remaja adalah tonggak masa depan dan maju atau mundurnya sebuah negara bergantung kepada mereka.

Zaman remaja hanya sekali dan jika terlepas, ia tidak mungkin kembali lagi. Nikmati masa remaja sebaik mungkin pada jalan yang betul kerana ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus





Remaja Dan Perbezaan Pendapat

Labels: ,

SETIAP makhluk ciptaan Allah mempunyai keunikannya yang tersendiri yang membuatkannya berbeza antara satu dengan yang lain.

Penciptaan manusia juga terkandung diversiti sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Semua ini merupakan tanda kebesaran Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dalam penciptaan alam.

Kepelbagaian yang wujud turut merangkumi perbezaan pendapat atau persepsi di kalangan manusia itu sendiri dalam pelbagai perkara. Fenomena ini sebenarnya merupakan satu rahmat buat manusia ke arah mencapai kemaslahatan hidup.

Persoalannya ialah bagaimana kita hendak menanggapi perbezaan pendapat yang berlaku agar penyelesaian konflik tercapai, kesyumulan agama terdukung dan perpaduan terpelihara. Hal ini tentunya memerlukan kebijaksanaan kita dalam menginterpretasi dukungan fikrah terhadap realiti semasa yang serba mencabar.

Mengenali pemikiran sehala, dua hala

Pemikiran sehala menjadikan seseorang itu hanya berfikir bahawa hanya pendapatnya sahaja yang betul dan tidak memandang kepada pendapat orang lain. Hal ini mendorong ke arah pemikiran yang tidak kreatif dan cepat berasa tersinggung jika pendapatnya disanggah.

Pemikiran dua hala berlaku apabila terdapat perbezaan atau pertambahan pendapat terhadap suatu isu pokok yang diutarakan. Pendapat yang pelbagai dalam sesebuah perbincangan akan menjadikan perbincangan tersebut lebih terisi dan sudut pandangannya akan menjadi lebih luas.

Kaedah berbeza pendapat pula mestilah selari dengan adab-adab supaya apa yang disampaikan lebih mudah difahami pihak yang mendengar serta tercapai matlamat perbincangan untuk menemui kesimpulan bersama.

Dalam usaha kita untuk mencapai kesepakatan berkenaan sesuatu perkara, Islam menganjurkan kita melakukan kegiatan bermusyawarah. Dengan bermusyawarah maka kita dapat mempertimbangkan pelbagai saranan bersama hujah dibawa. Natijahnya keputusan terbaik mungkin dapat dicapai serta mendapat sokongan semua pihak terlibat.

Dalam surah Ali Imran ayat 159 Allah berfirman yang bermaksud: Dan bermesyuaratlah dengan mereka, dan apabila kamu telah berazam, bertawakkallah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertawakal.

Melalui musyawarah yang diadakan, ahli musyawarah perlu berniat ke arah mencapai kesepakatan dan kemaslahatan yang lebih baik. Ketua atau amir yang dipilih akan menerangkan isu yang ingin diperbincangkan.

Amir akan meminta pendapat atau cadangan semua pihak sebelum keputusan akhir ditentukannya. Dalam hal ini, amir bertawakal dalam mengambil keputusan untuk dipatuhi dan disokong oleh ahli-ahli musyawarah tersebut.

Dalam sesebuah perbincangan yang melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak, keterbukaan pemikiran kedua-dua belah pihak adalah perlu dalam usaha mencapai kesepakatan dalam perkara yang diperbincangkan.

Ini memerlukan pihak pertama untuk memberi peluang dalam menyuarakan sudut pandangannya dan pihak kedua pula berusaha mendengar dengan niat memahami dan menilai. Setelah tamat penjelasan pihak pertama, barulah pihak kedua memberi pendapat supaya pihak pertama pula dapat memahami perspektif pihak kedua.

Sekiranya kedua-dua belah pihak lebih cenderung menyampaikan pendapat masing-masing tanpa mahu berusaha mendengar atau memahami antara satu sama lain, maka ia hanya menjadi perdebatan yang mungkin tidak sampai ke penghujungnya.

Diyakini bahawa apabila satu pihak mula bertoleransi untuk mendengar, pihak yang lagi satu pula akan menyusul untuk turut sama mendengar pendapat pihak yang pertama tadi.

Kita perlu menyuarakan pandangan kita secara berasas, yakni berdasarkan fakta atau bukti yang benar yang boleh menguatkan hujah kita. Hujah tanpa sandaran bukti atau dalil sebenarnya melemahkan penegasan hujah itu sendiri.

Perbezaan pendapat juga harus berlandaskan kepada nilai keilmuan serta kekuatan akal yang mahu berfikir serta merenung dan bukan semata-mata berpandukan kepada emosi.

Hal ini kerana seandainya emosi menjadi sandaran tunggal maka perkara yang ternyata baik serta benar mungkin ditolak hanya kerana ia dianjurkan oleh pihak yang berlainan pendapat tadi.

Justeru adalah penting untuk kita melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan agar pendapat yang dihujahkan itu mempunyai asas dan kredibiliti untuk dipertimbangkan serta diterima oleh pihak lain.

Yang berbeza tetap berbeza

Namun tidak semua perkara perlu menjurus kepada persamaan, yakni yang mana boleh diterima kita terima, dan yang berbeza akan tetap berbeza. Dalam anutan akidah khasnya, sudah tentu kita berbeza dengan yang bukan Muslim. Firman Allah melalui ayat kelima surah Al-Kafiruun yang bermaksud: Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku.

Bab akidah merupakan perkara pokok dan muktamad yang tidak boleh wujud perbezaan di kalangan umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam hal cabang atau furu’, perbezaan pendapat atau khilaf berkenaan pentafsiran sesuatu perkara mungkin berlaku di kalangan ulama yang berusaha berijtihad sebaik mungkin.

Bukan semua perkara yang berasal dari Barat itu dapat diterima secara bulat-bulat tetapi bukan semuanya perlu ditolak sepenuhnya. Apa yang hadir dari Barat tetapi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, seharusnya ia dipelajari dan diperkembangkan.

Sebagai contoh, sifat ketekunan masyarakat Barat dalam menuntut ilmu seharusnya dicontohi dan diasimilasikan ke dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Islam sendiri sebenarnya amat menggalakkan umatnya untuk menyuburkan budaya keilmuan agar kemajuan tercapai demi manfaat sejagat.

Pada masa yang sama remaja Islam harus membina kekuatan ilmu yang berpandukan Al-Quran dan Sunah supaya ia menjadi benteng dalam menepis serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Kini terdapat segelintir tokoh-tokoh Barat yang berusaha menerbitkan karya-karya yang menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Sememangnya dalam hal ini kita perlu bangkit untuk membela kesucian agama Islam yang tercinta.

Di samping bantahan yang mungkin bersifat defensif atau menghukum, kita juga perlu menganalisis faktor wujudnya persepsi negatif mereka terhadap agama Islam, adakah ia semata-mata berpunca daripada rentetan emosi kebencian terhadap Islam atau mungkin turut berpunca daripada kejahilan mereka berkenaan ajaran Islam yang sebenar.

Justeru situasi yang tegang seperti mutakhir ini juga perlu dijernihkan dengan pendekatan yang bersifat berhemah serta mendidik seperti penganjuran dialog antara agama dan tamadun agar yang jelas berbeza dihormati bersama dan yang bersifat sejagat didukung bersama.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, perbezaan pendapat merupakan satu lumrah dalam kehidupan manusia seharian. Islam telah menggariskan adab-adab dalam perbezaan pendapat yang sememangnya bertujuan mencapai kemaslahatan bersama.

Dalam kita menyuarakan bantahan kepada tindak tanduk Barat yang melampaui batas terhadap Islam, kita juga perlu membina kekuatan umat serta memperluaskan dakwah demi menjamin kesejahteraan umat dan ketinggian syiar Islam dalam jangka panjang.

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS (fikrahremaja@yahoo.com)





Remaja Dan Budaya Internet

Labels: ,

Internet adalah sebahagian daripada setitik rahmat, nikmat dan ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia dan juga untuk dimanfaatkan bersama golongan remaja, belia dan muda-mudi. Sama seperti kita memperolehi rahmat dan nikmat berupa akal kesihatan tubuh badan, makan, minum, belajar, bersekolah, bekerja, dibayar gaji dan sebagainya.

Zaman sains dan teknologi, zaman pesatnya kemajuan teknologi maklumat dan sains komputer, akhir-akhir ini telah membentuk satu budaya baru iaitu “budaya internet”. Remaja adalah golongan yang cukup sensitif dengan perkara yang baru-baru dan mudah terperangkap dalam lingkungan yang bernilai negatif serta kurang memberi kebaikan dari segi jangka panjang untuk diri, peribadi dan masa depan yang terbaik.

Dari setitik rahmat, nikmat dan ilmu, kemudian menjadi suatu budaya dan amalan yang sangat cepat merebak, dari bandar menuju ke pekan, ke kampung dan akhir sekali menyusup memasuki rumah setiap keluarga. Golongan dewasa seperti ibu bapa, guru, intelek dan ulama serta mereka yang peka terhadap kesan negatif budaya internet cukup merasa bimbang, kerana ia boleh merosakkan diri sahsiah dan masa depan golongan remaja dan muda-mudi, terutama bagi mereka yang tiada kekuatan aqidah, ilmu akal, akhlak mulia, amal soleh dan taqwa.

Budaya internet yang telah berkembang ekoran majunya sains teknologi dan sains komputer, yang sudahpun kita terima sebagai suatu ilmu yang diperlukan mengikut peredaran zaman. Kehadirannya bukan untuk disekat, tetapi remaja dan muda mudi hendaklah mempunyai kekuatan dan kekebalan peribadi dan dalaman yang berasaskan aqidah iman, ilmu, akal, akhlak mulia, amal soleh, taqwa dan istiqamah. Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan sesungguhnya Allah pasti memberi hidayah (petunjuk) kepada orang-prang yang beriman menuju jalan yang lurus.” (Surah al-Haj, ayat : 54)

Kerana itu golongan remaja harus bijak memanfaatkan ilmu atau maklumat yang disalurkan melalui internet. Malah kita sewajarnya memiliki daya tapis dan seiring antara maklumat yang berguna, baik dan boleh membina nilai-nilai positif demi sebuah kehidupan yang bahagia, sejahtera dan selamat di dunia dan akhirat.

Manakala maklumat yang bersifat negatif dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada diri remaja dan rakan, ketegasan diri dan sikap kita perlu diperkatakan supaya nilai-nilai negatif yang terdapat dalam internet tidak menyubur dalam pemikiran dan pembawaan remaja. Seumpama kita melihat peraturan, hukum atau etika yang dikenakan dalam perkara yang menyangkut kehidupan seharian, seperti kawasan larangan merokok, bagi orang yang mahu dan sensitif dengan peraturan dia tidak akan merokok di kawasan larangan itu, bukan sekadar takut kena denda, tetapi dijiwanya terasuh suatu sikap dan peribadi hormat kepada hukum dan terasa dirinya mempunyai tanggungjawab bersama dalam mendaulatkan peraturan yang bermanfaat kepada diri dan masyarakatnya.

Begitu juga halnya dalam hukum yang telah diputuskan syarak, seperti dilarang atau haram hukumnya berjudi, berzina, minum arak dan sebagainya. Bagi orang yang jiwanya terdidik dengan hukum Islam ini, mereka tidak akan berani melakukannya kerana dosanya amat berani untuk ditanggung di dunia dan di akhirat nanti, apatah lagi kesan buruknya kepada diri, kluarga dan masyarakat juga cukup buruk dan jahat.

Kita boleh membandingkan di sini dari segi kekebalan dan kekuatan peribadi sendiri dalam usaha untuk mendisiplinkan diri supaya tidak mudah terikat nilai negatif yang disalurkan melalui internet. Tentang nilai positif internet berupa ilmu dan juga maklumat bermanfaat lagi baik, inilah sepatutnya golongan remaja utamakan dan cari. Matlamat dan tujuan kebaikan ini cukup besar fadilatnya, sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:

“Orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan sama pahalanya seperti orang yang malakukannya.” (H.R. Bukhari)

Ertinya, remaja mesti bijak dan mempunyai pertimbangan iman, ilmu, akhlak mulia, akal budi, amal soleh dan taqwa, seandainya yang kita harap dari budaya internet itu ialah kebaikan dan faedahnya yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Ruang untuk mencari kebaikan dan berbuat yang terbaik itu bagi golongan remaja sentiasa terbuka luas, seluas bumi yang terhampar, walaupun kita berlawan dengan ruang, iklan dan promosi untuk menjerumus remaja ke arah kejahatan juga cukup hebat, apa lagi melalui internet yang dihasilkan dari ilmu sains komputer itu.

Akhirnya, kemajuan sains dan teknologi, sains komputer dan internet memang diperlukan oleh generasi manusia zaman ini dan begitu juga kepada golongan remaja. Dan Islam sendiri mengharuskan kemajuan sains dan teknologi untuk kebaikan manusia, di atas paksi tauhid dan ibadah kepada Allah SWT.

Islam tidak menghalang sebarang bentuk kemajuan ciptaan manusia, tetapi Islam menekankan aspek tauhid, ibadah dan meletakkan satu asas dan nilai yang bersifat sejagat lagi manusiawi, supaya keselamatan, kesejahteraan dan keamanan hidup manusia dan remajanya benar-benar terjamin sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti.

Internet tidak merosakkan manusia dan remajanya, malah manfaatnya juga cukup banyak dari segi penyebaran maklumat, ilmu hubungan dan lain-lain. Dengan syarat manusia yang mengendalikannya, termasuklah tukang cipta sains komputer ini dan para penggunanya, adalah mereka yang memiliki kekebalan dan kekuatan iman, aqidah, ilmu, taqwa, akhlak mulia, amal soleh, cinta kebaikan, benci keburukan dan manusiawi.





Bataskan Pergaulan Remaja Untuk Elak Maksiat

Labels: ,

Remaja Islam seharusnya membataskan pergaulan seperti yang dituntut agama supaya terselamat daripada bencana dosa besar yang boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat. Setiap remaja harus belajar membatasi dirinya dalam pergaulan.

Jika terikut dan tergoda oleh nafsu syaitan seseorang itu boleh terjerumus ke lembah hina. Oleh itu, pendidikan akhlak dan budi pekerti penting bagi mengawal diri daripada terjebak dalam pergaulan bebas tanpa batas.

Pergaulan antara lelaki dengan wanita bukan muhrim mempunyai batas tertentu yang perlu dipelihara. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati kamu.” - (Riwayat Muslim)

Maruah adalah amanah Allah kepada kita sementara sifat malu pula adalah salah satu cabang iman. Melalui maruah dan iman di hati akan dapat menghindarkan seseorang itu daripada terjebak dalam pergaulan bebas.

Beberapa faktor boleh diamalkan untuk menghindarkan diri daripada terperangkap ke lembah hina dalam pergaulan bebas tanpa batas. Antaranya:

l Membataskan pergaulan kerana pergaulan bebas lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

l Pengawalan adalah daripada diri sendiri untuk menjauhi perkara tidak diingini.

l Remaja perlu tahu mengenai seks terlarang yang akan membawa akibat buruk kepada diri mereka sendiri, ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

l Remaja Muslim perlu menjaga maruah diri dan menjadikan agama sebagai panduan hidup kerana mereka yang beragama akan berjaya di dunia serta akhirat.

l Setiap remaja perlu tahu perubahan fizikal diri selain mengambil tanggungjawab memastikan diri tidak terjebak dengan perlakuan yang akan membawa kemudaratan.

Takut kepada Allah dan balasan bakal diterima boleh menjadi benteng kepada remaja daripada melakukan perbuatan menyalahi agama seperti pergaulan bebas.

Firman Allah yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah masing-masing mereka seratus kali dera, pukul dan janganlah kamu belas kasihan kepada kedua-duanya menghalangi kamu untuk menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah dilaksanakan hukuman mereka itu disaksikan oleh sekumpulan orang yang beriman.” - (Surah An-Nur, ayat 2)

Pergaulan bebas boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah seks bebas, bersekedudukan, melahirkan anak luar nikah dan perzinaan. Oleh itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi hidayah pada hatinya.” - (Surah At-Taghabun, ayat 11)

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa Allah akan melenyapkan kesengsaraan kepada orang yang beriman dan mengampuni dosanya, akan menghilangkan kegusaran, menerangi jalannya dan meluruskan langkahnya.

Justeru, kita diingatkan supaya sentiasa beriman kepada Allah supaya terlindung daripada segala hasutan dan bisikan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia.

Peningkatan gejala sosial di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan terutama ibu bapa dengan meningkatnya kes jenayah rogol, mencabul kehormatan, sumbang mahram, penderaan kanak-kanak, pengguguran haram dan pembuangan bayi.

Tindakan tegas dan pantas perlu dalam usaha mendidik kalangan muda dan ibu bapa supaya menyedari kesan buruk daripada pergaulan antara lelaki dan wanita yang tidak dibataskan oleh hukum agama.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana menegakkan agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha supaya baik amalannya.” - (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Pergaulan bebas adalah dilarang oleh Islam dan tujuannya untuk mengelakkan gejala sosial yang negatif menular dalam masyarakat memandangkan pergaulan tanpa batas banyak menjurus kepada kesan tidak baik yang boleh menghancurkan kekuatan ummah.

Remaja Islam seharusnya membataskan pergaulan seperti yang dituntut agama supaya terselamat daripada bencana dosa besar yang boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat. Setiap remaja harus belajar membatasi dirinya dalam pergaulan.

Jika terikut dan tergoda oleh nafsu syaitan seseorang itu boleh terjerumus ke lembah hina. Oleh itu, pendidikan akhlak dan budi pekerti penting bagi mengawal diri daripada terjebak dalam pergaulan bebas tanpa batas.

Pergaulan antara lelaki dengan wanita bukan muhrim mempunyai batas tertentu yang perlu dipelihara. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati kamu.” - (Riwayat Muslim)

Maruah adalah amanah Allah kepada kita sementara sifat malu pula adalah salah satu cabang iman. Melalui maruah dan iman di hati akan dapat menghindarkan seseorang itu daripada terjebak dalam pergaulan bebas.

Beberapa faktor boleh diamalkan untuk menghindarkan diri daripada terperangkap ke lembah hina dalam pergaulan bebas tanpa batas. Antaranya:

l Membataskan pergaulan kerana pergaulan bebas lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

l Pengawalan adalah daripada diri sendiri untuk menjauhi perkara tidak diingini.

l Remaja perlu tahu mengenai seks terlarang yang akan membawa akibat buruk kepada diri mereka sendiri, ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

l Remaja Muslim perlu menjaga maruah diri dan menjadikan agama sebagai panduan hidup kerana mereka yang beragama akan berjaya di dunia serta akhirat.

l Setiap remaja perlu tahu perubahan fizikal diri selain mengambil tanggungjawab memastikan diri tidak terjebak dengan perlakuan yang akan membawa kemudaratan.

Takut kepada Allah dan balasan bakal diterima boleh menjadi benteng kepada remaja daripada melakukan perbuatan menyalahi agama seperti pergaulan bebas.

Firman Allah yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah masing-masing mereka seratus kali dera, pukul dan janganlah kamu belas kasihan kepada kedua-duanya menghalangi kamu untuk menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah dilaksanakan hukuman mereka itu disaksikan oleh sekumpulan orang yang beriman.” - (Surah An-Nur, ayat 2)

Pergaulan bebas boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah seks bebas, bersekedudukan, melahirkan anak luar nikah dan perzinaan. Oleh itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi hidayah pada hatinya.” - (Surah At-Taghabun, ayat 11)

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa Allah akan melenyapkan kesengsaraan kepada orang yang beriman dan mengampuni dosanya, akan menghilangkan kegusaran, menerangi jalannya dan meluruskan langkahnya.

Justeru, kita diingatkan supaya sentiasa beriman kepada Allah supaya terlindung daripada segala hasutan dan bisikan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia.

Peningkatan gejala sosial di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan terutama ibu bapa dengan meningkatnya kes jenayah rogol, mencabul kehormatan, sumbang mahram, penderaan kanak-kanak, pengguguran haram dan pembuangan bayi.

Tindakan tegas dan pantas perlu dalam usaha mendidik kalangan muda dan ibu bapa supaya menyedari kesan buruk daripada pergaulan antara lelaki dan wanita yang tidak dibataskan oleh hukum agama.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana menegakkan agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha supaya baik amalannya.” - (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Pergaulan bebas adalah dilarang oleh Islam dan tujuannya untuk mengelakkan gejala sosial yang negatif menular dalam masyarakat memandangkan pergaulan tanpa batas banyak menjurus kepada kesan tidak baik yang boleh menghancurkan kekuatan ummah.

Oleh Dr Aminudin Mansor