Senarai Terkini 10 Orang Terkaya
Berikut adalah senarai terkini 10 orang terkaya di Malaysia.
Menurut kaji selidik majalah Malaysian Business.
1) Tan Sri Robert Kuok (RM26.6 bilion)
2) Ananda Krishnan (RM20.1 bilion)
3) Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4) Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5) Tan Sri Quek Leng Chan (RM4.5 bilion)
6) Puan Seri Lee Kim Hua (RM3.5 bilion)
7) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM3.18 bilion),
8) Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (RM1.79 bilion),
9) Tan Sri Tiong Hiew King (RM1.64 bilion)
10) Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).
Sumber: Berita Harian
7:17 AM | 2 Comments
Apa Yang Perlu Anda Buat Untuk Menjadi Jutawan?
Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
**Jutawan kerja > 70 jam seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, merekalah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan usaha anda!
**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan. Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain. Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua juta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!
**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi jutawan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin sukar untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.
Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara. Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.
Dari,
Irfan Khairi
www.IrfanKhairi.com
9:08 PM | 0 Comments
Ulasan Rahsia ClickBank Oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan

Baru-baru ini Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan telah melancarkan produk "Rahsia ClickBank" dan anda boleh melihatnya di sini:
http://awesomemarketer.com/secure/4bw/2058
Saya menulis ulasan ini untuk memberitahu apa sebenarnya produk ini, dan bagaimana anda akan mendapat manfaat daripada produk Rahsia ClickBank ini.
Rahsia Clickbank ialah produk yang direka khusus untuk rakyat malaysia.
Anda juga mungkin tahu sehingga pertengahan tahun 2008, Clickbank telah menutup pendaftaran keahlian kepada rakyat malaysia.
Sesetengah daripada kita menemui teknik jalan belakang untuk mendapatkan akaun ClickBank. Hatta terbitnya sebuah ebook daripada Gobala yang diberi nama "Chapter-M" beberapa tahun lalu yang mengajar anda bagaimana melakukannya.
Sekarang peluang terbuka luas untuk rakyat malaysia. Clickbank pula telah menjadi topik yang panas untuk dibincangkan.
Di dalam Rahsia Clickbank, Gobala dan Zamri bercakap mengenai bagaimana menjana wang daripada trafik yang sedikit dan tanpa menggunakan sebarang blog. Berdasarkan penerangan mereka, kebanyakan "super affiliate" yang menghasilkan banyak wang di Clickbank tidak bermula hanya dari blog untuk mempromosikan produk dan menghasilkan jualan.
Mereka menggunakan strategi yang berlainan yang membolehkan mereka mendapat komisyen ClickBank semaksimum mungkin. Strategi-strategi mereka diceritakan di dalam Rahsia Clickbank: menggunakan landing pages, pra jualan dan juga mencari target trafik. Strategi lain termasuk bagaimana mencari produk Clickbank yang memberikan pulangan yang lumayan, bagaimana membina senarai email dan juga bagaimana hendak mempromosikan produk berkaitan untuk memaksimakan jualan.
Walaubagaimanapun, ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan produk. Bahagian utama dalam Rahsia Clickbank ialah laman web affiliate pasang siap yang boleh digunakan terus walaupun anda tidak mempunyai pengalaman dalam sebarang pemasaran internet. Laman web tersebut direka secara profesional dan kandungannya amat berkesan untuk menghasilkan jualan. Ulasan produk yang ditulis dengan baik juga direka khas untuk tujuan jualan. Menurut kata mereka... apa yang anda perlukan hanyalah masukkan ID Clickbank anda.
Melihat kepada laman web yang disediakan, saya boleh katakan yang saya agak terkejut. Reka bentuknya amat bagus dan ulasan produknya dilakukan secara profesional. Menurut surat jualan Rahsia Clickbank, anda boleh menggunakannya untuk menjana wang walaupun penguasaan Bahasa Inggeris anda sangat teruk - perkara penting ni!
Saya juga telah melihat di sesetengah forum dan keseluruhan responnya juga agak bagus. Surat jualannya mengatakan harganya mungkin akan naik tidak lama lagi. Jadi saya cadangkan agar anda mendapatkan Rahsia ClickBank anda daripada link ini secepat mungkin:
http://awesomemarketer.com/secure/4bw/2058
Jika anda tidak mahu membuat kerja untuk keseluruhannya mereka juga menyediakan perkhidmatan dimana mereka memberikan anda web hosting dan melakukan kerja kerja pemasangan untuk anda. Mereka juga akan menyelaraskan reka bentuk web dengan domain anda dan memasukan ID clickBank anda apabila diperlukan.
Secara keseluruhannya, Saya rasa Rahsia Clickbank ialah pakej yang terbaik setakat ini. Saya yakin yang anda akan menggunakannya dengan efektif untuk menjana wang daripada Clickbank - jika anda menggunakan Laman web pasang siap mereka dan mengikut langkah demi langkah yang diberikan. Dapatkan Rahsia ClickBank dari sini:
http://awesomemarketer.com/secure/4bw/2058
7:28 PM | 0 Comments










